Monday, January 28, 2013

Perlu rasa susah. Jangan selalu rasa senang.

Malam ini rasa sangatlah bosan. On9 facebook tapi tak ade pulak news yg best2. On9 twitter tapi tak ade pulak member-member seangkatan. fb. twitter. fb. twitter. itu je. mcm xade pedoman pulak kdg2. aku bukan lah seorang yg addicted sgt laman sosial ni. before ni dah 3 hari tak online. okey je. but just to isi masa lapang. lepas ni komfem xboleh nak online sgt. balik sekolah pastu tidur n mesti ade keje pengkeranian sekolah yg kena setelkan. dengan buku latihan pelajar yang kena tanda. Hew. Hew. Harap aku dah sedia fizikal dan mental.

Berbalik kepada tajuk entry malam ini. aku tahu dan percaya setiap manusia mempunyai perjalanan hidup masing-masing. Ada yang hidup susah, ada yang sederhana, ade yang hidup sangatlah senang. yang paling aku berkenan kalau ada yang hidup susah, tetapi di akhirnya dapat menikmati kesenangan dan kejayaan hasil usaha sendiri. Kadang-kadang bila kita dah dilimpahkan dengan kesenangan,  kita lupa akan kesusahan.

Bila rasa susah sikit, mesti dah mengeluh. Bila tak dapat makan kfc or feveret food, mesti ada yang merajuk sbb tak dapat makan makanan kesukaan masing-masing. Kalau kita sakit, mesti ada yang bawak ke klinik dan beli ubat. Kalau tak dapat beli barang yang berkenan, kita mulalah mintak duit kat mak untuk beli barang tersebut. Tapi bila mak tak izinkan kita beli, mula lah nak buat muka kesian. lepastu mak pon izinkan kita beli. Bersyukur kan kita semua.

Tapi. daripada kesenangan dan harta yang melimpah ruah ini, kadang-kadang kita perlu melihat kebawah. jangan selalu mendongak. cube mehasabah diri. cube kita bandingkan dengan orang yang susah, daif dan tak berkemampuan macam kita. mereka mesti tak dapat merasa makanan sesedap kita, pakai pakaian lusuh tapi mereka masih teruskan hidup dan bersyukur dengan apa yang tuhan kurniakan. Life must be go on rite. em. kalau mereka sakit, tak ade duit nak pergi klinik untuk beli ubat sangat lah susah kan. terpakse biarkan dan ada yang menemui ajal. Hm.

Kita ni pulak, ada duit dan kudrat, tapi kenape malas nk usaha g klinik dan makan ubat. Cube guna kudrat tu, usaha dan makan ubat. Kadang-kadang, barang-barang yang kita nak, ada je depan mata, tapi kita tak hargai dan malas nak usaha. Itu yang perlunya bersyukur dengan apa yang ada. Jangan fikir terlalu senang. Mungkin kita fikir ada solution daripada setiap problem. mmg ada. itu aku percaya. tapi perlu hargai apa yang ada sebelum ia nya tiada dan hilang.

Apa yang aku nak sampaikan adalah jangan fikir kita ni terlalu senang dengan harta benda atau kehidupan hari ini. Esok lusa masih tidak tahu. Kalau kita rasa senang hari ini, tgoklah mereka yang susah dgn kehidupan yang penuh dengan kedaifan. Semoga kita semua menghidupkan sifat kesyukuran dalam diri. supaya hidup ini sentiasa bersederhana dan jangan berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu.

Aku bukan lah keluarga senang sangat. kalau lebih mudah, sederhana sahaja. tapi bagi aku cukup dah serba serbi yang aku ada. Sometimes, aku jeles jugak dengan mereka yang senang dan kaya raya. Tapi, bila aku bandingkan kehidupan aku dengan orang lain, aku rasa aku bersyukur sangat dah. Tak perlu henfon mahal2, tak perlu rumah bak istana, tak perlu kereta ferrari. Cukup dah ada kereta, rumah, pakaian dan keperluan lain. Nanti ada duit sendiri, nak beli lebih sikit dari sekarang, boleh laaa. But now, no need. no need.

Amalkan ucapan Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. tak rugi apa pon kalau kita amalkan kan. Semoga kita semua mendapat keberkatan.


Saturday, January 26, 2013

2013

Salam semua. Selamat Tahun Baru 2013. weehuuuuu. Yabeedabeduu. Ops!!. dah terlambat rasenye nak wish happy new year. tapi tak kesahlah. tiap hari hari baru kan bagi kite semua lepas bangun pagi aite. ye ke? haha ke aku sorg je rase camtu. ok lupekan je.

Okey. Let's serius ckt. Alhamdulillah. Alhamdulillah sbb smpai jugak aku ke tahun baru. Ini bermaksud kita masih dipanjangkan umur dan Allah bagi masa untuk kita perbaiki dosa atau kesilapan kite yg lepas. Ye kan?

Masuk tahun baru, umu pon meningkat. Now I'm 23. mcm tak percaye kan. hihi. Sepatutnya dah ada anak 3 orang. Ihik. Bak kate mak aku lah. dia kate umo dia mcm aku dah ade dah abang n akak aku. klu lah perkahwinan semudah mcm orang-orang dulu. haih. but ape2 pon now adays, education came first, kerja n religion. Itu yg penting. Tak pikir pon. komitmen lain masih byk lagi. Lupekan saje. jodoh itu pasti datang.

Untuk tahun baru ini, sebagai pelajar universiti. Its happiest year sbb dah tahun last di universiti. Yeay!. tapi sedih tu pasti ade. Banyak sangat kenangan kawan-kawan n mcm2 lagi kat U. Emm. Emm. Kalau nk ungkap kenangan tu, mmg banyak lah nk bgtau kan. Tapi bialah ia segar di ingatan forever n ever.

Now, tgah cuti sem. Naik sem terus p praktikal. Sebagai permulaan tahun baru ini, aku akan bergelar cikgu di sekolah yg dipilih oleh pensyarah. Alhamdulillah kerana Dia telah memudahkan jalan aku. Aku terpilih untuk berkhidmat sebagai guru praktikal di sekolah menengah yang agak berdekatan dengan rumah. So, tak ade masalah transport, nak cari rumah sewa, nk bayar itu ini. Dari awal, Allah dah mudahkan urusan aku. Semoga berterusan dipermudahkan sehingga akhir praktikal nanti. Amin.

Satu permulaan yang baik bagi tahun baru ini. Semoga semuanya ceria dan sentiase mengingati yang Maha Esa.

Okey gotta go! Salam ^^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...